Sunday 1 January 2012

New Year Green Town

pic:marketpulsesnp.wordpress.com
mmmmmm..... seriously its very good experience... semalam pergi ke greentown square.. buat ape? celebrate New Year???? bukan pergi celebrate, tapi ada tugasan and misi yang perlu kami siapkan. kami pergi dalam 7 orang unutk mengedarkan risalah tentang aurat, couple, masa and sebagainya. sampai dalam pkol 12.15 lebih kurang semasa bunga api dimainkan. memang x pernah sampai sebelum ni untuk ke tempat celebrate New Year.

memang ramai dan boleh dikatakan 90% adalah golongan remaja. cuak tengok pelbagai fesyen baju, pelbagai gaya, pelbagai keletah, perangai, tak sempat pulak nak snap a few picture akibat kecuakan yang melampau.

kata seorang sahabat, tengoklah betapa lemah iman kita, just nak bagi risalah, menggeletar lutut, panas sejuk tangan, itu belum lagi suruh pergi tegur orang yang buat maksiat, mungkin boleh jadi hilang semua darah dalam badan akibat kecuakan maxsimum nie. kami bergerak dalam 3 group, pecah ke kawasan ramai orang, aku ngan sahabat nie ke ke kawasan padang, yang boleh dikatakan semua remaja dari umur yang sangat muda, belasan tahun. macam-macam ragam yang kami tengok ada yang duk dengan pasangan masing2, ada yang lepak2 ngan kawan jer, dan kami terus menjalankan misi kami. aku approach 1 pasangan nie, yang lelaki besubang telinga, hidung, bercelak, yang perempuan bermake-up gelap, x tahu nak describe mcm mane.. berpeluh sampai kaki nak approach mereka ini, antara dialog nya

aku: assalamualaikum
couple: senyap
aku: hulur je risalah
couple: ape nie?
aku: bacalah ape yang ada dlam nie
couple: teragak-agak nak amik, tapi amik jugak
aku: terima kasih (blah lah.. cuak)

melihat situasi di greentown Ipoh nie pon dah keadaannya mcm nie, mcm mana lah keadaanya kat KL.

Na'uzubiLLah mcm mane lah generasi yang akan datang, generasi anak cucu aku. mintak Allah jauhkan dari benda2 yang mcm nie. kita tend to judge them from what we see, judge mereka nie buruk, tapi ini lah generasi yang akan memimpin negara kelak. 

Hidayah itu milik Allah, kita tengok mereka hari ini keadaannya begitu, tapi mati belum pasti, entah2 mereka2 ini mati dalam keadaan Husnul Khatimah (kesudahan yang baik), manusia boleh berubahkan, kita yang rasa baik sangat ini, takut2 Allah uji, dan Allah balikkan hati dan mati dalam suil khatimah (kesudahan yang buruk). Na'uzubillah.. doakan supaya kita dan meraka mati dalam kesudahan yang baik. 

Aku bukan benci tengok mereka, tapi kesian, sebab aku dulu adalah dari golongan mereka ini, sedih sebab xleh nak tolong mereka, apa yang aku rasa skarang sungguh perit, penyesalan yang teramat sangat, aku xnak mereka rase ape yang aku rasa, tapi yakinlah bahawa Allah itu maha pengampun, maha pemurah, Allah juga Maha penghukum, dan hukuman Allah adalah sekeras-keras hukuman. bertaubatlah sebelum Allah amik balik apa yang Dia dah bagi. aku dan sahabat hanya berusaha, dengan menyampaikan risalah, tapi Allah lah yang memegang hati hambaNya, semoga usaha yang sedikit ini, Allah terima sebgai ibadah dan berharap mendapat keredhaan dariNya.

" dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." ali-Imran: 135