Tuesday 23 July 2013

Untuk mu yang bergelar Muslimah

                                                                                                 pic by kuzuryo

Wanita itu perhiasan dunia
Seindah hiasan itu adalah mereka yang solehah
Tapi ingat
Wanita juga FITNAH terbesar dunia
Jangan sampai kita menjadi sebahagian dari itu

Biarlah kita berkeluh kesah di dunia sementara
daripada merana di akhirat sana
Biarlah kita digelar "lama"
harap tinggi nilai disisiNya

Syurga itu dipagari duri
kerana syurga itu indah
Syurga itu dikelilingi perkara yang dibenci nafsu
syurga itu Maharnya tinggi

Bersabarlah wahai muslimah
andai dirimu dihina dan dikeji
cukuplah Allah sebagai pelindung
di dunia dan di akhirat nanti


©shimbee