Sunday 8 September 2013

MADU @ HONEY

Apa yang anda perlu tahu tentang MADU
Madu
Madu mempunyai bnayak kegunaan dan kelebihan yang kita perlu tahu, sesuailah dengan turunnya Kalam Allah dalam Al-Quran (An Nahl: 69) tentang kebaikan madu dan juga madu sebagai penawar.


INFO MADU: PETUA ORANG BERPENGALAMAN a.k.a nenek an mak2

kalau nak sejukkan badan: letak madu dulu baru limau ngan air
kalau nak panaskan badan: letak air dulu baru madu

hilangkan batuk dan kahak: campurkan lemon dan madu, ambil setiap pagi dan malam

link:https://www.facebook.com/pages/PersonalDesire/628498217173983

8 kebaikan madu yang UTAMA @ 8 kebaikan UTAMA madu??

Mana satu ayat yang diatas betul? hah... ontah.. den pon xtahu, maklumlah Bahasa Melayu dapat B masa SPM dulu... English dapat A+... hehehe.. ok mari kita kongsikan perkara berkaitan madu:

1.Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2.Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
3.Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
4.Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
5.Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
6.Sumber laxative yang natural dan lembut
7.Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
8.Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

"MIRACLE ANTIBI0TIK"
KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakin


SAPULAH MADU JIKA ANDA:

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan

lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

ok... itu saja dulu berkaitan madu, sebenarnya banyak lagi khasiat madu kepada badan kita, cumayan.. x larat nak tulis disini.. kawan-kawan boleh tanya kat Mr.Google yang genius


©shimbee