Thursday 25 July 2013

17 Ramadhan-Nuzul Quran- Perang Badar

Illustrasi Perang Badar-Irfanirsyad.wordpress.com
Dataran Raba'ah-Mesir


17 Ramadhan- Perang Badar tahun kedua Hijrah menyaksikan peperangan diantara kaum muslimin yang berjumlah sedikit melawan kuffar yang berjumlah bnyak, tetapi dengan pertolongan Allah.. Kaum Muslimin menang...

Esok (17 Ramadhan 1434)bakal mencipta sejarah mgkin di dataran Raba'ah Mesir.. Perhimpunan protes tindakan rampasan Kuasa.. dan tentera assisi meminta rakyat memberi kuasa penuh untuk menghapuskan keganasan.. Semoga Allah menghantar pertolongan kepda Mujahidin..


Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya; ” —Qur'an Surah 8:

Ya Allah, turunkanlah Pertolangan kepada saudara kami di Mesir, Syria, Palestin.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”al-Quran 3:123-125

Qunut Nazilah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami meletakkan Engkau di batang leher musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing Engkau keatas mereka. Wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Raksasa, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah. Wahai Tuhan yang menrunkan Alquran, Wahai Tuhan Yang mengrakkan Awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, menangkan kami keatas mereka..

Ameen.....

17 Ramadhan-BTS

©shimbee