Tuesday 13 August 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Nenek yang masih Bersama





tok midah bersama cicit sulongnya

Ni mak kepada mak saya, yang lain dah pulang kepada yang Maha pencipta, Umur tok saya nie dah 82 tahun nie, ALhamdulillah masih sihat, Dia ada 2 orang anak, 20 orang cucu, 30 orang cicit dan InsyaAllah akan sempat dengan cuit sebab cicit dia dah ada yang kahwin.



Mok Yam dan Awang Ali
ha..setelah dipaksa pakai baju raya untuk ambil gambar akhirnya dapat juga.. ayah saya lah, nama dia Ali Bin Mohamad, umur dia sudah 68 tahun. Ayah saya kalau dia tak senyum, memang kalah singa, haaaa... tulah saya.. bak kata orang 'kuah kalau tidak tumpah ke nasi tentulah ketanah jawabnya'. Sebelah dia tu, isteri dia yang tercinta lah a.k.a mak saya lah, nama dia Sulong Binti Ibrahim, pernah tanya mak, kenapa nama sulong? mak kata sebab dia anak sulong. Kalau kat kampung orang panggil dia Mek Yam ketupat sebabnya mak saya nie peniaga ketupat berjaya kat kampung Maras. Haa.... saya ada 9 orang adik beradik, 10 sebenarnya, tapi akak saya nama Maziah tu meninggal masa dia kecik lagi sebab demam panas, InsyaAllah nanti kakak saya tu akan tunggu mak dan ayah saya di pintu Syurga.

1st Daughter
family kakak yang 1st
Fatimah Binti Ali, dia anak sulong dalam keluarga, anak ada 8 orang dan anak dia yang ke-2 sudah pon berkahwin. Kalau anak dia dapat anak nanti.. dia bakal jadi nenek yang paling "hot" lah, sama mcm aku lah. Dulu dia belajar kat UM, InsyaAllah anak dia ada yang dah Hafiz dan semua bakal hafiz dan hafizah.

2nd Son

abang no.2
Shaari bin Ali nama diberi, dah ada anak 3 orang, dulu kerja askar tapi sekarang dah kerja sendiri. dulu masa kecik2 dia memang paling nakal, naseb baek dah tua-tua bejurus... kahwin ngan orang penang. kak ti.. yang paling happy bila mereka balik, kak ipar saya akan masak laksa penang yang sungguh sedap sehingga menjilat kaki.

3rd daughter
 tak de gambar, sebab kakak kita maziah nie, dia meninggal masa kecik, umur 6 bulan kalau x silap sebab demam panas.

4th daughter

4th daughter
Ini kakak yang no-4, anak dia 2 orang semua hero, dia duduk dekat jer ngan mak, kampung sebelah. Dia kawen dengan abg wan. Anak dia yang paling kecik tu, dia suka makan puding roti dan dia sangat semangat dengan warna hijau (hehehe).

6th son
5th son
Nama dia Mohd Hisham, dia kawen dengan dr nor akma, dia bakal melahirkan anak buah saya yang ke-14, InsyaAllah. Dia x buat baju raya tahun nie, sebab tu pkai baju pegi pasar jer nie.Dia kerja di kemaman. Dulu blaja kat UITM.

5th, 7th, 8th, 9th & 10th daughter

hehe- anak mok yam yang cun-melecun
Nie lah 5 sekawan dirumah, famous nie 5 orang, sebab paling hot dikampung... hahahaha.. nie orang kampung duk tertunggu-tunggu bila nak kahwin. hahaha... awet muda semua... sabor yer wahai orang-orang kampung... jgan terkejut nanti kawen 5 serentak, pecah rekod Kampung Maras..

ok sekian sahaja cerita keluarga Awang Ali dan Mok Yam

©shimbee