Thursday 22 December 2011

usrah veteran

ape usrah veteran nie??.. usrah veteran nie ialah kami buat usrah untuk pelajar tahun akhir, pengisian die depend, ada sharing, sirah, hadis and mcm2 lagi. kami selalu buat malam dalam sejam mcm tu.. tadi buat and first time dpat join penuh.. seronok, semua orang berkongsi cerita tp mcm biasalah bila pelajar tahun akhir bercerita.. topiknya berkisar kawin.. tp interesting and sangat matang, terima kasih  kepada yang berkongsi tadi
antara yang kami bincangkan
1. hadis 1: niat
semua bermula dengan niat, niat nie lintasan hati, untuk membezakan adat dengan ibadah contohnya makan, kita selalu makan, adatlah kan, tapi bila disertakan dengan niat dia akan jadi ibadah dan dapat pahala, contoh lain, mandi, tido, study dan mcm2 lagi.


2. cerita kisah orang cara orang eskimo menangkap serigala
serigala nie binatang yang liar jadi tentulah sukar untuk menangkapnya, caranya, die rendamkan bilah2 pisau yang halus kedalam darah haiwan dan diletakkan dimana2, so bila serigala nie bau darah haiwan 2, die terus jilat2 dan xsedar sebenarnya mereka telah kelar lidah sendiri, jadi lidah luka2 and xleh makan dan akan mati, relate dengan kita jugak.. dunia nie nampak menarik, seronok, kita terkadang x sedar dlam kejar sangat keseronokan, sebenarnya kita dah melupakan sebenarnya kita telah menyakitkan diri kita sendiri.


3. lebih banyak menjadi dari mencari
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, so klau kita nak yang baik, terlebih dahulu lah kita kene menjadi baik. bercerita jugak pasal pertunangan, pertunangan nie sepatutnya dalam islam dirahsiakan sebabnya bila terjadi sesuatu yang x elok, contohnya putusnya pertunangan, si gadis lah yang aib atau malu.. so untuk jaga aib si gadis.. eloklah pertunangan dirahsiakan.


4. cerita kisah abang dan adik
cerita nie mengisahkan seorang abang yg bijak dan adik yang buta huruf. abang nie selalu doa supaya dpat isteri yg cantik, kaya dan sebagainya. dan adik nie plak bila berdoa die hanya pegang 1 kertas tu jer sambil doa and dah berapa lama abang nie get he want  dan si adik nie hidup biasa2 jer. so si abang nie ckap, kamu nie x ckup bersungguh berdoa, tgok mcm aku, Allah makbulkan doa aku sebab aku bersungguh2. kamu berdoa hanya pegang kertas 2 jer.. mcm mana Allah nak makbulkan. dan di takdirkan si adik nie meninggal.. masa si abang nie mengemaskan barang2 siadik, si abang nie terjumpa kertas yang si adik nie selalu pegang time mintak doa. dan abang nie sangat terkejut sebab dalam kertas 2 tulis;


Ya Allah, Engkaulah perkenanlah doa dan permintaan abang aku

ini sahaja doa yang adik die duk mintak bertahun-tahun, barulah si abang nie sedar, apa yang dia ada skrang nie mhkin bukan berkat doa dia, tapi sebenarnya berkat doa adik dia..


* p/s doa yang diamakbulkan Allah bila seseorang berdoa untuk orang lain, dan orang yang didoakan tidak tahu akan hal itu.




sangat seronok.

No comments:

Post a Comment