Saturday 3 August 2013

Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum

Disebabkan tak boleh nak tido malam ni.. jadi nak cerita sedikit cerita mengenai tajuk diatas. Dengar Kuliah Tuan Guru Haji Hadi, nak terjemahkan dalam penulisan, kalau sesiapa nak dengar betul-betul silalah tengok sendiri. Mungkin dah ramai dah dengar cerita ni dari mulut saya, sebab cerita ni paling memberi kesan kepada hati saya, jadi makanya cerita ini lah yang selalu di ulang tayang.

Surah a'basa ayat 35 hingga 37 mengisahkan tentang huru-haranya kiamat, sehingga masing-masing sibuk dengan urusan diri sendiri. Kisahnya, Di akhirat nanti ada seorang pemuda, semasa ditimbang amalan lelaki tersebut, dia hanya kekurangan satu amalan kebaikan untuk dia masuk syurga. Maka Allah telah menyuruh dia pergi mencari ahli keluarganya untuk meminta satu kebaikan itu untuk masuk ke syurga Allah.

Maka lelaki itu pergilah mencari, orang yang pertama yang dia jumpa ialah saudaranya, lalu dia berkata kepada saudaranya.

lelaki: wahai saudaraku, engkaulah saudara ku, berikanlah aku satu kebaikan supaya aku boleh 
          masuk syurga
saudara: sesungguhnya aku juga takut dengan apa yang kamu takut, lalu saudaranya pergi      
             meninggalkan dia

seterusnya dia bertemu pula dengan ayahnya, lalu berkata dia pada ayahnya

lelaki: wahai ayah ku, sesungguhnya dulu engaku dulu didunia bersusah demi mencari rezeki                         kepada ku, boleh kah engkau memberikan satu kebaikan
ayah: sesungguhnya aku juga takut apa yang kamu takut, lalu ayah nya berlalu meninggalkannya.

seterusnya dia berjumpa dengan ibunya, isterinya, anaknya, tapi semua hanya memberikan jawapan yang sama dan mereka pun berlalu daripadanya.

sehingga akhirnya dia pergi menghadap Allah dengan perasaan takut kerana dia tidak mendapat satu kebaikan itu. lalu dia berkata, " Ya Allah, aku telah meminta dari saudaraku, ayahku, ibuku, isteriku, anakku tapi tidak ada seorang pon yang boleh memberikan aku kebaikan itu.

lalu Allah berfirman: 'sesungguhnya Aku lebih menyayangi kamu lebih dari ibumu, ayahmu, isterimu dan anakmu, wahai malaikat, bawalah dia kesyurga'.

sebab itulah didunia ni, kita perlu mengasihi Allah lebih dari segalanya, kerana di akhirat nanti tiada siapa yang menolong kita kecuali Allah.

silalah tonton video dibawah...


* setiap kali dengar.. setiap kali nangis, Kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang makhlukNya

coming soon... cerita kasih sayang Allah siri ke-2



shimbee
dalam bilik
mlm 25 Ramadhan


No comments:

Post a Comment