Saturday, 31 December 2011

Setanggi kasih

Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi
Di seluruh semesta pada sepanjang kembara
Kita akan temui bunga-bunga kebaikan
Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan
Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan
Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan)
Hadapilah segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan

Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Di sepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik-titik persamaan
Taburkan damai
Bersyukur kepada insan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan
Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan


suka dengar lagu nie.. sebab mcm related dengan keadaan dunia sekarang...

Thursday, 22 December 2011

usrah veteran

ape usrah veteran nie??.. usrah veteran nie ialah kami buat usrah untuk pelajar tahun akhir, pengisian die depend, ada sharing, sirah, hadis and mcm2 lagi. kami selalu buat malam dalam sejam mcm tu.. tadi buat and first time dpat join penuh.. seronok, semua orang berkongsi cerita tp mcm biasalah bila pelajar tahun akhir bercerita.. topiknya berkisar kawin.. tp interesting and sangat matang, terima kasih  kepada yang berkongsi tadi
antara yang kami bincangkan
1. hadis 1: niat
semua bermula dengan niat, niat nie lintasan hati, untuk membezakan adat dengan ibadah contohnya makan, kita selalu makan, adatlah kan, tapi bila disertakan dengan niat dia akan jadi ibadah dan dapat pahala, contoh lain, mandi, tido, study dan mcm2 lagi.


2. cerita kisah orang cara orang eskimo menangkap serigala
serigala nie binatang yang liar jadi tentulah sukar untuk menangkapnya, caranya, die rendamkan bilah2 pisau yang halus kedalam darah haiwan dan diletakkan dimana2, so bila serigala nie bau darah haiwan 2, die terus jilat2 dan xsedar sebenarnya mereka telah kelar lidah sendiri, jadi lidah luka2 and xleh makan dan akan mati, relate dengan kita jugak.. dunia nie nampak menarik, seronok, kita terkadang x sedar dlam kejar sangat keseronokan, sebenarnya kita dah melupakan sebenarnya kita telah menyakitkan diri kita sendiri.


3. lebih banyak menjadi dari mencari
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, so klau kita nak yang baik, terlebih dahulu lah kita kene menjadi baik. bercerita jugak pasal pertunangan, pertunangan nie sepatutnya dalam islam dirahsiakan sebabnya bila terjadi sesuatu yang x elok, contohnya putusnya pertunangan, si gadis lah yang aib atau malu.. so untuk jaga aib si gadis.. eloklah pertunangan dirahsiakan.


4. cerita kisah abang dan adik
cerita nie mengisahkan seorang abang yg bijak dan adik yang buta huruf. abang nie selalu doa supaya dpat isteri yg cantik, kaya dan sebagainya. dan adik nie plak bila berdoa die hanya pegang 1 kertas tu jer sambil doa and dah berapa lama abang nie get he want  dan si adik nie hidup biasa2 jer. so si abang nie ckap, kamu nie x ckup bersungguh berdoa, tgok mcm aku, Allah makbulkan doa aku sebab aku bersungguh2. kamu berdoa hanya pegang kertas 2 jer.. mcm mana Allah nak makbulkan. dan di takdirkan si adik nie meninggal.. masa si abang nie mengemaskan barang2 siadik, si abang nie terjumpa kertas yang si adik nie selalu pegang time mintak doa. dan abang nie sangat terkejut sebab dalam kertas 2 tulis;


Ya Allah, Engkaulah perkenanlah doa dan permintaan abang aku

ini sahaja doa yang adik die duk mintak bertahun-tahun, barulah si abang nie sedar, apa yang dia ada skrang nie mhkin bukan berkat doa dia, tapi sebenarnya berkat doa adik dia..


* p/s doa yang diamakbulkan Allah bila seseorang berdoa untuk orang lain, dan orang yang didoakan tidak tahu akan hal itu.




sangat seronok.

Wednesday, 14 December 2011

Universitiku.......



   gambar amik kat internet

Hampir 4 tahun aku belajar di sini... banyak perubahan yg dah berlaku bukan dari segi struktur binaan tapi dari sahsiah pelajarnya. dulu masa mula2 masuk.. sungguh kagum dengan senior2 yg cukup menjaga akhlak tidak kira muslim atau non-muslim. budaya menegur dikalangan mereka sungguh hebat. mereka yg membawa imej islam tapi hebat dlam bidang akademik sangat menjadi perhatian ramai. dulu masa mula2 masuk tiada pelajar lelaki yang mengusik pelajar perempuan dijalanan, berdating tidak kenal tempat, melampau2.. membonceng motorsikal lelaki dan perempuan...

gambar saperlah jadi mangsa nie

                 
senario seperti ini x pernah aku tengok masa aku dalam 1st year, 2nd year... tp lpas 10 bulan meninggalkan kampus... balik sebagai final year... its tottally diffrent.. rasa mcm dah hilang ruh universiti yg disanjung nie... rasa mcm duduk kt tempat belajar yg sebelum masuk ke universiti ini.. tempat belajar yg tidak memilih pelajar yg hebat2, yg straight A's SPM... tapi aku tengok sama jer universiti ini yg aku rasa pelajarnya dari sudut akademik sungguh hebat dengan pelajar universiti yg aku blajar dulu yg aku rasa kebanyakkan orang boleh masuk.... salah siapa semua nie terjadi? salah universiti? padahal universiti tidak pernah berubah, keadaan geologinya, lecture still sama juga.. tapi dulu mampu melahirkan pelajar yg sangat berjaya dalam akademik dan sangat berahlak.... salah siapa?

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


kadang2 kita kene salahkan diri sendiri.. x kan kita nak biarkan adik2 nie jadi mcm nie...

klau lpas kita keluar nie.. nama universiti nie jadi buruk.. xkan kita x nak mengaku yang dulu kita pernah belajar kt sini... klau tak kita yg yg dah tua nak keluar dr universiti nie yg x membentuk adik2 mcm yg senior2 membentuk kita dulu.. saper lagi? klau dulu.. ingat lagi smpai org kt pasar malam.. xyah ckap kita budak universiti ini.. die orang dah tahu.. bukan nak bangga.. tp die orang kenal kita sbb ape yg kita bwak.. tp skarg rasa mcm dah sama jer ngan unversiti yg studentnya x dipilih dengan ketat pon.. dah xder beza... klau org 2 keluar dan orang boleh kenal lg die budak universiti terpilih nie.. kira ok lg lah.. tp klau die orang dah bertukar.. mgkin something wrong dengan die.... pernah sembang dengan member2 final year jugak.. die orang pon rasa menda yg sama mcm aku rasa... xtau lah.. salah siapa.. mngkin boleh fikir sendiri....

©shimbee

Wednesday, 7 December 2011

MINYAK KELAPA DARA DAN PENURUNAN BERAT BADAN


Hmmm.. minyak kelapa dara mampu menurunkan berat badan. Anda pasti akan terfikir, "Bukankah minyak kelapa dara tak elok?".
Buat makluman anda, sejarah berkaitan minyak kelapa menunjukkan ianya mempunyai reputasi yang buruk ketika peristiwa perang habis habisan melawan lemak pada 50 tahun yang lepas. Menurut kajian yang lapuk berkenaan, mereka mengkaji menggunakan minyak kelapa terhidrogenasi di mana ianya boleh mengakibatkan peningkatan tahap kolestrol dan kami sedia maklum bahawa lemak terhidrogenasi memang tidak baik untuk kesihatan kita.

Bagaimanapun, tidak seperti minyak kelapa terhidroenasi yang lampau, minyak kelapa dara tidak terhidrogenasi dan tidak mempunyai kolestrol. Sebenarnya, ianya merupakan sumber lemak yang paling menyihatkan dalam diet seharian kita.

Jadi, mari kita melihat dengan lebih mendalam untuk membuktikan bahawa anda boleh menurunkan berat badan anda dengan minyak kelapa dara:

Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) meningkatkan metabolisma dan menggalakkan penurunan lemak?

-Satu perkara yang perlu diketahui adalah minyak kelapa dara mengandungi medium chain fatty acids (MCFA) dan ianya lebih dikenali sebagai Medium Chain Triglycerides (MCT).

-Kajian menunjukkan bahawa tubuh badan kita mencernakan MCFA lebih mudah berbanding lemak-lemak lain. Sebenarnya, ianya melalui saluran yang berbeza apabila ia dimakan. Ianya dihantar terus ke hati untuk dimetabolisasikan dan terus ditukarkan kepada sumber tenaga. Ini akan menyebabkan peningkatan metabolisma, peningkatan peluang anda untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan anda dan memberikan tenaga yang lebih kepada anda.

-Suatu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clininal Nutrition mendapati bahawa pengguna dapat menurunkan berat badan apabila mereka memperolehi MCFA dalam diet mereka. Sebenarnya, mereka mendapati ramai yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan diet yang mengandungi MCFA berbanding diet yang mengambil minyak zaitun.

Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) mampu mengurangkan penyakit mengidam makanan?
-Semua sudah maklum bahawa memakan terlalu banyak makanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda pernah menderita penyakit mengidam makanan pastinya anda tahu betapa mudahnya pihak lain boleh sabotaj anda dengan propaganda penurunan berat badan.

-Kami yakin bahawa diet yang kurang lemak boleh mengakibatkan tubuh anda mengidamkan lemak. Bila saya ingin menurunkan berat badan, saya cuba meningkatkan pengambilan minyak yang sihat maka saya dapat sumber bernutrisi lemak yang sihat dalam diet saya. Saya mendapati ianya mampu mengurangkan selera makan saya dan mengidam makanan berlemak. Menyalurkan diet anda dengan lemak yang sihat akan membantu dalam mengekalkan perasaan di mana anda rasa kenyang dan dapat mengurangkan perasaan mengidam makanan (selera nak makan sangat).

Berapa banyak berat yang mampu diturunkan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)?

Jumlah berat badan yang boleh diturunkan bergantung kepada beberapa faktor.
Memakan diet yang sihat dan disusuli senaman merupakan peranan uama untuk memastikan penurunan berat badan jangka panjang. Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) ianya merupakan suatu proses yang perlahan, berperingkat-peringkat dan proses yang menyihatkan.

Beberapa individu telah mengadu bahawa mereka telah berjaya menurunkan 5 pound dalam masa seminggu dengan Minyak Kelapa Dara, tetapi saya rasa ianya mungkin disusuli beberapa senaman. Beberapa pakar kesihatan mengesyorkan bahawa penurunan berat badan adalah baik adalah 1 pound seminggu.

Kajian perubatan terhadap minyak kelapa dan dan penurunan berar badan.
Ada kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.
Kajian semenjak akhir akhir ini di McGill School of Dietetics and Human Nutrition in Montreal (Canada), mengkaji minyak kategori MCT pada lelaki dan wanita yang mempunyai berat overweight 25 pound. Minyak berkenaan mengandungi 67% minyak tropika, mengandungi minyak kelapa, flaxseed oil dan minyak zaitun.

Peter Jones, seorang professor yang bertugas dalam kajian berkenaan menyatakan bahawa minyak berkenaan 'terus diarahkan ke hati untuk dibakar dan ditukarkan kepada tenaga. Minyak berkenaan tidak disimpan di dalam tubuh sebagai lemak dan mampu meningkatkan metabolisma, di mana ianya sebagai kunci dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ada juga data provokasi yang mengatakan bahawa minyak yang mengandungi MCT mampu mengurangkan selera makan'.

Salah seorang peserta berjaya mengurangkan sekitar 1 pound sebulan. 'Selepas mengambil minyak berkenaan selama setahun, seseorang boleh menurangkan 1 pound sebulan atau 12 pound setahun' kata Jones, juga mendapati bahawa peserta wanita memperoleh kadar metabolisma yang tinggi.

Anda boleh mendapatkan testimoni daripada internet daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan Minyak Kelapa Dara. Penurunan berat badan ini disebabkan peningkatan metabolisma daripada MCFA, pengurangan kalori, atau peningkatan aktiviti fizikal.

Buat masa ini, ada juga harus berjumpa dengan ahli fizik (perubatan) untuk berbincang jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara atau sebelum bermulanya apa jua pelan kurangkan berat badan.

Kesimpulan
Anda perlu ingat bahawa penurunan berat badan perlu dilakukan dalam kaedah yang seimbang dan menyihatkan. Memakan makanan yang berzat dan mendapatkan aktiviti fizikal yang banyak merupakan peranan utama dalam memperoleh matlamat pengurangan berat badan anda.

Adalah wajar untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara kerana:

ianya memberikan tubuh anda lemak yang sihat yang diperlukan untuk tenaga. 
ia boleh meningkatkan metabolisma - MCFA boleh dicernakan lebih pantas yang mengakibatkan peningkatan metabolisma dan lebih banyak kalori terbakar. 
ia boleh mengurangkan penyakit mengidam makanan (terlalu berselera) - anda memperoleh sumber lemak yang baik dalam tubuh badan, jadi anda akan sentiasa rasa kenyang dan sifat selera makan tak menentu dapat dikurangkan 
ingat, MInyak Kelapa Dara bukanlah segala penyelesaiannya dan bukan juga jalan pintas untuk menurunkan berat badan anda. Minyak yang semulajadi ini menolong anda untuk meningkatkan metabolisma dan memastikan anda dapat menguruskan berat badan anda dengan lebih baik. 


nie amik kt blok kakak sunnahfitrah.blogspot.com ..... saya dah cuba.. berkesan..

Sunday, 4 December 2011

cerita hati

putih kain tercemar sudah
waras aqal hilang sudah
yang tinggal nafsu serakah
tergadai diri hilang maruah

penat sudah mendukung dosa
hingga hilang cinta padaNya
lebur iman dalam dada
tinggal hanya jiwa ternoda

Ya Allah
sugguh benar rahmatMu luas
diri yang hina di terima jua
andai diri ditinggal sepi
tempat kembali sudah pun pasti

Ya Allah
jangan palingkan diriku lagi
tetapkan aku dalam redha Ilahi
sungguh malu andai mati
diri bukan hamba sejati

Ya Allah
tetapkan langkah ini
jangan ditoleh kebelakang lagi
matikan aku dalam naungan cintaMu
matikan aku dalam perjuangan
berjuang menegak agamaMU

nukilan: shimbe 9.50 pagi 4 dis 2011

Saturday, 3 December 2011

mutiara iman

biarlah rupa tidak seberapa
asalkan akhlak indah mulia
biarlah ilmu kurang didada
asal jangan berputus asa

biarlah harta hanya sekerat
tapi kaya dengan iman makrifat
andai ku tahu isi dunia ini berat
akan ku tinggal cari akhirat

sungguh aku rela menunggu
sungguh aku kan sabar menunggu
menunggu hambamu menyunting diriku
Yang mampu membawa ku ke syurga Mu

ya Rabb, sungguh aku rela
tidak punya apa-apa
asalkan jangan ditinggal Engkau
asal jangan dimurkai Engkau

Ya Rabb, jangan biarkan diriku sesat lagi
Jangan biarkan aku seperti dulu lagi
Labuhkan cintaku hanya untukMu
Sehingga ku rebah sujud hanya  pada MU




Nukilan shimbe
10.15 dalam bilik, 3 dis 2011