Sunday, 8 September 2013

MADU @ HONEY

Apa yang anda perlu tahu tentang MADU
Madu
Madu mempunyai bnayak kegunaan dan kelebihan yang kita perlu tahu, sesuailah dengan turunnya Kalam Allah dalam Al-Quran (An Nahl: 69) tentang kebaikan madu dan juga madu sebagai penawar.


INFO MADU: PETUA ORANG BERPENGALAMAN a.k.a nenek an mak2

kalau nak sejukkan badan: letak madu dulu baru limau ngan air
kalau nak panaskan badan: letak air dulu baru madu

hilangkan batuk dan kahak: campurkan lemon dan madu, ambil setiap pagi dan malam

link:https://www.facebook.com/pages/PersonalDesire/628498217173983

8 kebaikan madu yang UTAMA @ 8 kebaikan UTAMA madu??

Mana satu ayat yang diatas betul? hah... ontah.. den pon xtahu, maklumlah Bahasa Melayu dapat B masa SPM dulu... English dapat A+... hehehe.. ok mari kita kongsikan perkara berkaitan madu:

1.Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2.Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
3.Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
4.Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
5.Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
6.Sumber laxative yang natural dan lembut
7.Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
8.Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

"MIRACLE ANTIBI0TIK"
KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakin


SAPULAH MADU JIKA ANDA:

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan

lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

ok... itu saja dulu berkaitan madu, sebenarnya banyak lagi khasiat madu kepada badan kita, cumayan.. x larat nak tulis disini.. kawan-kawan boleh tanya kat Mr.Google yang genius


©shimbee

Tuesday, 13 August 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Nenek yang masih Bersama





tok midah bersama cicit sulongnya

Ni mak kepada mak saya, yang lain dah pulang kepada yang Maha pencipta, Umur tok saya nie dah 82 tahun nie, ALhamdulillah masih sihat, Dia ada 2 orang anak, 20 orang cucu, 30 orang cicit dan InsyaAllah akan sempat dengan cuit sebab cicit dia dah ada yang kahwin.



Mok Yam dan Awang Ali
ha..setelah dipaksa pakai baju raya untuk ambil gambar akhirnya dapat juga.. ayah saya lah, nama dia Ali Bin Mohamad, umur dia sudah 68 tahun. Ayah saya kalau dia tak senyum, memang kalah singa, haaaa... tulah saya.. bak kata orang 'kuah kalau tidak tumpah ke nasi tentulah ketanah jawabnya'. Sebelah dia tu, isteri dia yang tercinta lah a.k.a mak saya lah, nama dia Sulong Binti Ibrahim, pernah tanya mak, kenapa nama sulong? mak kata sebab dia anak sulong. Kalau kat kampung orang panggil dia Mek Yam ketupat sebabnya mak saya nie peniaga ketupat berjaya kat kampung Maras. Haa.... saya ada 9 orang adik beradik, 10 sebenarnya, tapi akak saya nama Maziah tu meninggal masa dia kecik lagi sebab demam panas, InsyaAllah nanti kakak saya tu akan tunggu mak dan ayah saya di pintu Syurga.

1st Daughter
family kakak yang 1st
Fatimah Binti Ali, dia anak sulong dalam keluarga, anak ada 8 orang dan anak dia yang ke-2 sudah pon berkahwin. Kalau anak dia dapat anak nanti.. dia bakal jadi nenek yang paling "hot" lah, sama mcm aku lah. Dulu dia belajar kat UM, InsyaAllah anak dia ada yang dah Hafiz dan semua bakal hafiz dan hafizah.

2nd Son

abang no.2
Shaari bin Ali nama diberi, dah ada anak 3 orang, dulu kerja askar tapi sekarang dah kerja sendiri. dulu masa kecik2 dia memang paling nakal, naseb baek dah tua-tua bejurus... kahwin ngan orang penang. kak ti.. yang paling happy bila mereka balik, kak ipar saya akan masak laksa penang yang sungguh sedap sehingga menjilat kaki.

3rd daughter
 tak de gambar, sebab kakak kita maziah nie, dia meninggal masa kecik, umur 6 bulan kalau x silap sebab demam panas.

4th daughter

4th daughter
Ini kakak yang no-4, anak dia 2 orang semua hero, dia duduk dekat jer ngan mak, kampung sebelah. Dia kawen dengan abg wan. Anak dia yang paling kecik tu, dia suka makan puding roti dan dia sangat semangat dengan warna hijau (hehehe).

6th son
5th son
Nama dia Mohd Hisham, dia kawen dengan dr nor akma, dia bakal melahirkan anak buah saya yang ke-14, InsyaAllah. Dia x buat baju raya tahun nie, sebab tu pkai baju pegi pasar jer nie.Dia kerja di kemaman. Dulu blaja kat UITM.

5th, 7th, 8th, 9th & 10th daughter

hehe- anak mok yam yang cun-melecun
Nie lah 5 sekawan dirumah, famous nie 5 orang, sebab paling hot dikampung... hahahaha.. nie orang kampung duk tertunggu-tunggu bila nak kahwin. hahaha... awet muda semua... sabor yer wahai orang-orang kampung... jgan terkejut nanti kawen 5 serentak, pecah rekod Kampung Maras..

ok sekian sahaja cerita keluarga Awang Ali dan Mok Yam

©shimbee



Saturday, 3 August 2013

Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum

Disebabkan tak boleh nak tido malam ni.. jadi nak cerita sedikit cerita mengenai tajuk diatas. Dengar Kuliah Tuan Guru Haji Hadi, nak terjemahkan dalam penulisan, kalau sesiapa nak dengar betul-betul silalah tengok sendiri. Mungkin dah ramai dah dengar cerita ni dari mulut saya, sebab cerita ni paling memberi kesan kepada hati saya, jadi makanya cerita ini lah yang selalu di ulang tayang.

Surah a'basa ayat 35 hingga 37 mengisahkan tentang huru-haranya kiamat, sehingga masing-masing sibuk dengan urusan diri sendiri. Kisahnya, Di akhirat nanti ada seorang pemuda, semasa ditimbang amalan lelaki tersebut, dia hanya kekurangan satu amalan kebaikan untuk dia masuk syurga. Maka Allah telah menyuruh dia pergi mencari ahli keluarganya untuk meminta satu kebaikan itu untuk masuk ke syurga Allah.

Maka lelaki itu pergilah mencari, orang yang pertama yang dia jumpa ialah saudaranya, lalu dia berkata kepada saudaranya.

lelaki: wahai saudaraku, engkaulah saudara ku, berikanlah aku satu kebaikan supaya aku boleh 
          masuk syurga
saudara: sesungguhnya aku juga takut dengan apa yang kamu takut, lalu saudaranya pergi      
             meninggalkan dia

seterusnya dia bertemu pula dengan ayahnya, lalu berkata dia pada ayahnya

lelaki: wahai ayah ku, sesungguhnya dulu engaku dulu didunia bersusah demi mencari rezeki                         kepada ku, boleh kah engkau memberikan satu kebaikan
ayah: sesungguhnya aku juga takut apa yang kamu takut, lalu ayah nya berlalu meninggalkannya.

seterusnya dia berjumpa dengan ibunya, isterinya, anaknya, tapi semua hanya memberikan jawapan yang sama dan mereka pun berlalu daripadanya.

sehingga akhirnya dia pergi menghadap Allah dengan perasaan takut kerana dia tidak mendapat satu kebaikan itu. lalu dia berkata, " Ya Allah, aku telah meminta dari saudaraku, ayahku, ibuku, isteriku, anakku tapi tidak ada seorang pon yang boleh memberikan aku kebaikan itu.

lalu Allah berfirman: 'sesungguhnya Aku lebih menyayangi kamu lebih dari ibumu, ayahmu, isterimu dan anakmu, wahai malaikat, bawalah dia kesyurga'.

sebab itulah didunia ni, kita perlu mengasihi Allah lebih dari segalanya, kerana di akhirat nanti tiada siapa yang menolong kita kecuali Allah.

silalah tonton video dibawah...


* setiap kali dengar.. setiap kali nangis, Kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang makhlukNya

coming soon... cerita kasih sayang Allah siri ke-2



shimbee
dalam bilik
mlm 25 Ramadhan


Friday, 26 July 2013

Ajal dan Jodoh itu Rahsia Allah



Assalamualaikum

Mesti semua pernah dengan dengan kata-kata "ajal dan jodoh itu ditangan Allah", dan semua pon sudah percaya dengan kata-kata ini cumanya kita ni manusia yang kadang-kadang terlupa atau terlalai, sehinggakan bila kita tidap dapat apa yang kita nak, kita nak menayalahkan takdir.

Mungkin ramai yang anggap bila jodoh , ajal ditangan Allah, kita x perlu berbuat apa-apa, duduk bersimpuh dan tunggu jodoh datang bergolek ataupun kita biarkan diri kita meninggal dalam keaadaan su'ul khatimah (akhir yang buruk). Allah suruh kita berusaha dan berdoa sesuai dengan firmannya:

وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ 

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)- Surah Al Baqarah ayat 186

Banyak Kalamullah yang yang berpesan suruh kita berdoa, antara ayat lain adalah:


ادعوا رَبَّكُم تَضَرُّعًا وَخُفيَةً ۚ إِنَّهُ لا يُحِبُّ المُعتَدين


 Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas- Surah Al-A'raf ayatt 55

.وَلا تُفسِدوا فِى الأَرضِ بَعدَ إِصلٰحِها وَادعوهُ خَوفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحمَتَ اللَّهِ قَريبٌ مِنَ المُحسِنينَ

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.- surah al-a'raf ayat 56

kita kene yakin yang Allah akan makbulkan doa kita, antara lambat atau cepat jer, kalau Allah tak makbulkan kat atas dunia, Allah makbulkan diakhirat.

Berkisarkan hal jodoh dan maut, kita berdoalah supaya kita ni mati dalam keadaan baik (Husnul Khatimah), mati dalam pada Allah redha pada kita, tapi bukan setakat doa sahaja, kita juga perlu berusaha. contoh kalau kita doa bersungguh-sungguh berdoa untuk mati dalam keadaan baik tapi dalam masa yang sama tidak meninggalkan apa yang Allah larang, jadi tidak sesuai disitu.

Perihal jodoh pula, sejujurnya saya sudah penat menjawab bila manusia ni bertanya hal jodoh saya, ada yang mengatakan saya ni memilih sangat, dah memang kita kena pilih, lagikan nak beli ikan kat pasar pon kita pilih apatah lagi orang yang akan menjadi nakhoda hidup kita, yang akan menjadi pemimpin kita, pemimpin bakal anak-anak kita, seharusnyalah kita memilih. Tapi bukanlah maksudnya memilih itu dengan melihat paras rupa, kerana saya yakin, rupa itu tidak kekal.Jadi saya harap semua orang bersabar menunggu jodoh pertemuan saya, kerana saya juga sedang bersabar dengan bersungguh-sungguh supaya saya tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak elok contohnya ber'couple'. Sungguh saya minta Allah jauhkan perkara yang mendekati zina ini.

Jadi saranan saya kepada yang belum sampai jodoh lagi, bersabarlah, jangan berputus asa berdoa dan berusaha. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.

©shimbee




Thursday, 25 July 2013

17 Ramadhan-Nuzul Quran- Perang Badar

Illustrasi Perang Badar-Irfanirsyad.wordpress.com
Dataran Raba'ah-Mesir


17 Ramadhan- Perang Badar tahun kedua Hijrah menyaksikan peperangan diantara kaum muslimin yang berjumlah sedikit melawan kuffar yang berjumlah bnyak, tetapi dengan pertolongan Allah.. Kaum Muslimin menang...

Esok (17 Ramadhan 1434)bakal mencipta sejarah mgkin di dataran Raba'ah Mesir.. Perhimpunan protes tindakan rampasan Kuasa.. dan tentera assisi meminta rakyat memberi kuasa penuh untuk menghapuskan keganasan.. Semoga Allah menghantar pertolongan kepda Mujahidin..


Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya; ” —Qur'an Surah 8:

Ya Allah, turunkanlah Pertolangan kepada saudara kami di Mesir, Syria, Palestin.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”al-Quran 3:123-125

Qunut Nazilah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami meletakkan Engkau di batang leher musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing Engkau keatas mereka. Wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Raksasa, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah. Wahai Tuhan yang menrunkan Alquran, Wahai Tuhan Yang mengrakkan Awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, menangkan kami keatas mereka..

Ameen.....

17 Ramadhan-BTS

©shimbee

Tuesday, 23 July 2013

Untuk mu yang bergelar Muslimah

                                                                                                 pic by kuzuryo

Wanita itu perhiasan dunia
Seindah hiasan itu adalah mereka yang solehah
Tapi ingat
Wanita juga FITNAH terbesar dunia
Jangan sampai kita menjadi sebahagian dari itu

Biarlah kita berkeluh kesah di dunia sementara
daripada merana di akhirat sana
Biarlah kita digelar "lama"
harap tinggi nilai disisiNya

Syurga itu dipagari duri
kerana syurga itu indah
Syurga itu dikelilingi perkara yang dibenci nafsu
syurga itu Maharnya tinggi

Bersabarlah wahai muslimah
andai dirimu dihina dan dikeji
cukuplah Allah sebagai pelindung
di dunia dan di akhirat nanti


©shimbee

Sunday, 30 June 2013

Hiruk pikuk Kuala Lumpur.......

Sebelum habis belajar dulu, bersungguh-sungguh tidak ingin bekerja di Kuala Lumpur. Canang disana dan disini betegang urat untuk tidak berada di Kuala Lumpur. Hari ini sudah segenap sebulan aku bekerja di Kuala Lumpur. Betullah kita merancang, Tapi Allah jua merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Kuala Lumpur


Perjalanan pergi dan balik kerja memakan masa lebih kurang 3 hingga 4 jam setiap hari, walmaklumlah rumah denga tempat kerja jauh, tapi sayang nak pindah rumah sebab rumah nie best.. depan apartment ada masjid.. housemate pon nice.

Biasanya.... eh bukan biasanya... Memangpon adalah ayat yang sesuai... Memangpon aku pergi kerja dan balik kerja menggunakan Public transport. So, dari rumah selalunya naik teksi ke KTM Bandar Tasik Selatan, naek KTM BTS terus ke KTM segambut dan akhir sekali, dari KTM segambut, aku akan ambil bus kerana murah 8X ganda dari naik teksi. Begitulah kehidupan aku seharian selama lebih kurang sebulan di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, Bukan hal diatas yg nak diceritakan, Aku nak cerita benda laen iaitu pengalaman semasa menggunakan public transport. Aku jumpa macam-macam orang, pelik-pelik ke aku yang jakun???
tapi seronok melihat gelagat manusia. Kalau yang perempuan, boleh tengok bermacam-macam gaya, ada yang sopan, elegant, manis, ayu, dan ada juga yang brutal. Kalau balik dari kerja nak ke KTM selalunya aku akan berebut dengan orang foreigner lah a.k.a bangla, Philippines, Myanmar, Indonesia.... tapi mungkin mereka ni sudah sah taraf kerana sudah dapat IC daripada Kerajaan. Mereka ni pon bermacam-macam ragam... maklumlah mereka pon manusia.. kalau satu ragam.. nama dia robot... bila naek bus.. aku rasa akulah foreigner dalam bus tu... die orang nie ada yang baek dan ada juga yang gatal.. tapi yelah die orang pon manusia.. sama juga orang melayu, cina dan india.. ada yang baek dan ada yang jahat...

semoga aku boleh bertahan lah hidup di Kuala Lumpur ni, sebab aku suka kerja ni walaupon gajinya xdelah sebanyak kawan-kawan yang kerja Oil ang Gas and engineer.


nukilan shimbee 1.17pm 
dalam rumah